Tuesday, July 28, 2009

MISSI PSS

* Guru dan murid perlu meningkatkan perkembangan dalam bidang teknologi dan persediaan
maklumat.
* Guru dan murid haruslah menwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang dinamik.
* Pembelajaran ialah proses yang memerlukan interaksi antara pelajar, pengajar, pendekatan
dan bahan pembelajaran.
* Pengajaran dan pembelajaran memerlukan bahan sumber dan cara penyampaian yang
bersesuaian.

Sunday, May 24, 2009

SEJARAH PENUBUHAN PSS

Sekolah Kebangsaan Penajis, Rembau didirikan pada tanggal 9 September 1906. Pada asalnya bangunan sekolah tidak mempunyai bilik darjah. Bangunan mempunyai tiang rendah dan beratap rumbia.
Pusat Sumber sekolah Kebangsaan Penajis ini ditubuhkan sekitar tahun 1990an. Pusat sumber ini mempunyai dua bilik iaitu;

(a) Bilik Bahan Bantu Mengajar
(b) Bilik Perpustakaan

Pusat Sumber Sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak.
Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
Pusat Sumber menyediakan maklumat , perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan. Ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
Semoga ia dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Segala kebaikan dan kelemahan haruslah diperbaiki dari semasa ke semasa.

Thursday, May 7, 2009

Strategic and Technique Module Success in Mathematics UPSR

Pada 7 Mei 2009 jam 2.30 pm hingga 5.00 pm, tiga buah sekolah iaitu SK. Penajis, SK Sawah Raja dan SK. Titian Bintangor telah mengadakan bengkel teknik menjawab soalan Matematik UPSR di SK Sawah Raja. Penceramahnya adalah En. Mohd Fadzil b. Mat Isa dari SK Sega, Rantau. Bengkel ini lebih memberi penekanan kepada teknik-teknik menjawab soalan Matematik kertas 2 serta skema permarkahannya yang terkini. Menurut murid-murid yang menyertai bengkel ini, mereka berasa sungguh seronok dan kebanyakkan ilmu yang diajar merupakan perkara baru bagi diri mereka.

Monday, May 4, 2009

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Warga SK Penajis telah menghadiri kursus LDP SKPM pada 26 April yang lalu. Kursus ini merupakan kolaborasi SK Penajis dan SK Semerbok. Seramai 22 orang guru yang dapat menghadiri kursus tersebut. Kursus bermula pada pukul 8 pagi. Perkongsian ilmu ini diterajui oleh Tn Hj Omar Md Shariff selaku tuan rumah yang berpengalaman dalam bidang pengurusan dan pentadbiran sekolah. Pelbagai informasi yang diperolehi sepanjang LDP ini. Kami juga dapat mengeratkan silaturahim antara 2 buah sekolah. SERONOKK!!! dapat ramai kawan..

Wednesday, April 29, 2009

Apa pendapat tentang nama sekolah kami?????

Nama sekolah kami Sekolah Kebangsaan Penajis.
Apakah pandangan anda?
Ditukarkan atau kekalkan??????

Thursday, April 23, 2009

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan pontensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga.

PANTUN

Cempedak Pak Long di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Buat blog.. memang baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.