Sunday, May 24, 2009

SEJARAH PENUBUHAN PSS

Sekolah Kebangsaan Penajis, Rembau didirikan pada tanggal 9 September 1906. Pada asalnya bangunan sekolah tidak mempunyai bilik darjah. Bangunan mempunyai tiang rendah dan beratap rumbia.
Pusat Sumber sekolah Kebangsaan Penajis ini ditubuhkan sekitar tahun 1990an. Pusat sumber ini mempunyai dua bilik iaitu;

(a) Bilik Bahan Bantu Mengajar
(b) Bilik Perpustakaan

Pusat Sumber Sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak.
Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
Pusat Sumber menyediakan maklumat , perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan. Ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
Semoga ia dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Segala kebaikan dan kelemahan haruslah diperbaiki dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment